has gloss | msa: Orang Xhosa ialah penutur keluarga bahasa Bantu yang pada asalnya tinggal di bahagian tenggara Afrika Selatan dan kemudian, pada dua abad yang lalu, tinggal juga di bahagian selatan dan tengah-selatan negara itu. Orang yang bertuturan bahasa Xhosa boleh dibahagikan kepada sebilangan subkumpulan yang memiliki warisan yang berasingan tetapi berkait. Subkumpulan utama termasuk Bhaca, Bomvana, Mfengu, Mpondo, Mpondomise, Xesibe, dan Thembu . Nama "Xhosa" berasal daripada nama seorang ketua legenda yang dikenali sebagai uXhosa. Bagaimanapun, orang Xhosa merujuk kepada diri sendiri sebagai amaXhosa dan bahasa mereka sebagai isiXhosa. Oleb sebab orang amaXhosa merupakan orang yang ganas, terdapat juga teori bahawa perkataan xhosa berasal daripada sepatah perkataan bahasa Khoi-khoi atau San yang membawa pengertian "ganas" atau "marah". |