has gloss | msa: Presiden Amerika Syarikat (kadang kala disingkatkan namanya sebagai POTUS, (Bahasa Inggeris: President Of The United States adalah ketua negara dan ketua kerajaan Amerika Syarikat. Presiden juga adalah ketua cawangan eksekutif kerajaan pusat yang mana untuk melaksanakan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Jawatan ini diwujudkan dengan persetujuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1788 dengan presiden pertama dilantik pada 1789. Seorang Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menjawat selama dua masa penggal yang masing-masing mempunyai tempoh sepanjang empat tahun. |